Rabu, 5 Ogos 2015

Nasihat Maulana Asyraf Ali Thanawi (Rah.)

Assalamualaikum.... hari ini daku berasa bersyukur kerana masih dikurniakan Allah untuk bernafas dan hidup di muka alam ini. Tanpa izin daripadanya pasti kita tak mampu untuk membuat apa-apa. Inilah kuasa Allah SWT. Pada hari ini daku ingin berkongsi beberapa nasihat-nasihat Maulana Asyraf Ali Thanawi Rahimahullahu Taala.....
(petikan buku Adab-Adab Pelajar terjemahan Maulana Muhammad Razif Bin Abd. Wahab)

____________________________________________________________________
1. Kesibukan itu satu perkara yang selamat. Adalah satu kurniaan daripada Allah SWT jika Dia menyibukkan seseorang dengan sesuatu pekerjaan. Allah Taala mengambil sesuatu pekerjaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Manusia tidak mampu melakukan apa-apa.

2. Tidak memadai mengingatkan seseorang secara lisan sahaja. Dia perlu diingatkan secara bertulis dalam perkara-perkara penting.

3. Berhati-hati dengan kata-kata, tulisan dan tindakan anda agar tidak mengelirukan mereka yang mendengar, memerhati dan membaca serta tidak menyakiti hati sesiapa.

4. Adalah lebih baik bagi seseorang ulama untuk kekal dalam kemiskinan. Bangsa-bangsa yang mana ulamanya serba mewah telah dihancurkan.

5. Para cendekiawan patut menghindarkan diri daripada sifat tamak dan sombong.

6. Keras kepala dan degil adalah keji. Seseorang yang mampu mengakui kesilapan sendiri adalah seorang yang bermaruah. Manusia sentiasa menyanjung mereka yang mampu mengakui kesilapan diri. Mereka yang degil dan berkeras tidak akan disukai orang.

7. Berhati-hatilah dengan kata-kata dan perlakuan supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Apabila seseorang itu berserah diri kepada Allah SWT, dia tidak akan rasa kehilangan.

8. Janganlah kita sekali-kali bermegah diri, baik dari segi ilmu, kebijaksanaan, ketaqwaan mahupun kesolehan.

9. Apakah realiti manusia. Kita rasa seolah-olah kita telah melakukan banyak kerja. Jika Allah SWT mencacatkan tangan-tangan kita, apakah yang mampu kita lakukan? Bahkan, persepsi kita terhadap perkara yang nyata juga di dalam kawalan Allah SWT. Suatu malam, saya telah lupa macam mana untuk ke rumah itu. Saya telah berdiri kebingungan selama 10-12 minit, cuba memastikan arah mana patut diikuti. Walhal, rumah itu sangatlah dekat, andainya saya menutup mata pun, pasti akan sampai ke situ.

10. Bersihkan hubungan anda dengan Allah SWT. Seseorang tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Apabila masalah melanda seseorang dalam apa-apa jua keadaan, mengapa dia patut hilang kepintarannya. Lihatlah kepada kesesuaian dan sesuaikan kerja mengikut cara yang dibenarkan. Jangan hiraukan perbuatan baik dan buruk orang lain.
____________________________________________________________________

Jadi, hakikat sebenar kehidupan kita adalah akhirat. oleh sebab itu, daku menyeru diri sendiri dan tuan-tuan sekalian untuk sentiasa memperbaiki diri dari segi imaniyyat, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak agar dapat menempuh ujian yang lebih besar di akhirat kelak.. Wallahu a'lam..

Selasa, 4 Ogos 2015

Kisah Khalid Al walid bersama George (Panglima Romawi)

assalamualaikum semua......hr ini daku akan menceritakan sedikit tentang kisah sahabat yang mungkin boleh meningkatkan semangat untuk rakan-rakan menyampaikan dakwah dengan cara nabi dan sahabat......
 (cerita ini daku petik dari kitab Hayatus sahabah jilid 1 karangan Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi)

______________________________________________________________________

    Ketika dalam peperangan Yarmuk pernah salah seorang panglima romawi yang bernama George memanggil Khalid bin Walid dan kedua panglima itu saling mendekati sehingga kedua kepala kuda mereka saling bertemu. Maka George pun bertanya kepada Khalid, "Wahai Khalid, aku meminta kamu untuk bercakap dengan jujur dan jangan berdusta dan jangan menipuku kerana seorang panglima tidak akan berdusta kepada Allah." Tanya George, " Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya iaitu Muhammad sebilah pedang daripada langit kemudian diberikan kepadamu sehingga jika kamu gunakan untuk berperang pasti kamu akan menang?" jawab Khalid, "Tidak." Tanya George, " Apakah sebabnya kamu digelari dengan nama Saifullah (pedang Allah)?" Jawab Khalid, "Ketika Allah mengutus Rasulullah, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku adalah seorang yang paling membencinya. Setelah Allah memberi hidayah kepada kami, maka kami memeluk agama islam. Ketika aku memeluk agama islam, Rasulullah memberiku gelaran dengan Saifullah Maslul (pedang Allah yang terhunus)."
    Maka, tanya George, "Kepada siapakah kamu mengajak?" Jawab Khalid, " Kami mengajak kamu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah dan kami mengajak pula kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar. George pun bertanya lagi, " Apakah hukumannya apabila orang  itu tidak mahu menerima?" Jawab Khalid, " Hukumannya adalah harus membayar jizyah dan kami tidak akan memeranginya." George bertanya lagi, " Bagaimanakah kalau mereka tidak membayar jizyah?" maka Khalid menjawab,"Kami akan mengisytiharkan perang kepadanya." George bertanya lagi, "Bagaimanakah kedudukan seseorang yang memeluk agama islam pada hari ini?" maka Khalid menjawab, " Dihadapan Allah kita akan semuanya, sama ada orang yang mulia, lemah mahupun yang terdahulu mahupun yang terkemudian." George bertanya lagi, "Apakah kedudukan orang yang terdahulu dalam islam akan sama dengan orang yang baru memeluk agama islam?" Jawab Khalid," Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu."
    George bertanya lagi, "Apakah orang yang terkemudian akan sama dengan orang yang terdahulu?" maka jawab Khalid, "Kami yang memeluk agama islam terlebih dahulu, kemudian kami menerima islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan kamu orang yang memeluk agama islam kemudian tidaklah kamu menyaksikan masa hidup Rasulullah SAW dan kamu tidak pula menyaksikan apa yang telah kami saksikan sewaktu baginda hidup, kerana itu siapa sahaja yang memeluk agama islam dan kamu yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia memeluk agama islam tanpa menyaksikan bukti-bukti terlebih dulu." 
    George bertanya lagi, "Apakah yang kamu katakan itu benar?" Jawab Khalid, "Demi Allah, apa yang telah ku katakan itu benar." Kata George, "Kalau begitu aku akan percaya apa yang kamu katakan." Kemudian George membalikkan perisainya dan mendekati Khalid sambil berkata, "Ajarkan kepadaku mengenai agama islam. Maka, kemudian Khalid membawa George ke dalam khemahnya dan menuangkan air dalam besennya untuk menyuruh George bersuci dan bersolat dua rakaat. Ketika Khalid dan George masuk ke perkhemahan maka tentera Romawi mengadakan serangan besar-besaran yang akan dapat melumpuhkan perlawanan kaum Muslimin. Setelah selesai solat, Khalid beserta George dan kaum muslimin meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan di saat itu kaum muslimin bersolat zohor dan asar dengan isyarat sahaja.
Akhirnya, dalam pertempuran itu George terbunuh dan dia belum pernah menunaikan solat sekalipun, kecuali hanya dua rakaat dengan Khalid bin Walid.
_____________________________________________________________________

Sahabat Radiyallahu anhum. merupakan orang yang terbaik yang dikurniakan oleh Allah keredaan semasa mereka hidup lagi di atas muka bumi ini. kita belum tentu lagi mendapat keredaan Allah maka sewajarnya kita berusaha untuk meningkatkan iman dan amal. Sebab itulah, usaha atas iman perlu dibuat dan usaha yang boleh mendatangkan iman ialah sebagaimana usaha yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW ke atas Sahabat selama 13 tahun di Kota Mekah.... maka, sama2lah kita ambil iktibar untuk panduan kita dalam kehidupan kita di dunia ini. wassalam.

Rindu Rasulullah...

..................................................................................................
Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu,
kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenangan mu,
alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku kucup tangan mu
moga mengalir keberkatan dalam dirimu untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah Ya Habiballah, tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasulallah Ya Habiballah, kami rindu padamu,

Allahohumma solli a'la Muhammad Ya Robbi solli alaihi wasallim,
Allahohumma solli a'la Muhammad Ya Robbi solli alaihi wasallim.

ku tahu cintamu kepada umat, ummati...ummati...
ku tahu bimbangmukepada umat, syafaatkan kami..
.................................................................................................

Ahad, 2 Ogos 2015

Syair mengingati MAUT...

(Dipetik dari kitab Ingat Maut karangan Maulana Muhammad Zakariyya Rah.)

wahai orang tertipu, Engkau telah membinasakan dirimu penuh kelalaian. Bangunlah, memohonlah pengampunan, masih ada bagimu hari ini,

Titiskanlah air matamu, bagi masa yang telah terlepas (dari tanganmu) dan sesalilah dengan taubat di atas hari-hari yang lalu.

Tegakkanlah amal soleh dengan kesungguhan. Kerana kesungguhan itu membina kejayaan. Sedangkan kemalasan itu membawa kekecewaan.

Tinggallah kamu di dalam dunia seumpama seorang musafir yang memulakan perjalanan di atas tunggangan. Bahkan sebagai seorang yang sedang berjalan.

Tempat tinggalmu yang kekal adalah akhirat. sesungguhnya tempat tinggalmu di dunia hanyalah pada satu waktu yang ditetapkan.

sesiapa sahaja yang datang ke dunia. seorang demi seorang. suatu hari akan menuju ke Manzilnya berbekalkan sesuatu.

Berapa ramai mereka yang datang dan pergi. Kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya. Dan sesungguhnya manusia datang dan pergi adalah untuk membuat sesuatu.

Apabila datang waktu kengerian (maut) padamu yang tidak ada tangguh-menangguh, tidak bermanfaat padamu harta benda dan sank-saudara.

Ketika itu berdiri disisimu Tabib dan Doktor, sekalipun mencurahkan segala usaha dan tadbir (untuk menyelamatkan kamu) gagal, kecewa lantas meninggalkan kamu.

lantas dipakaikan kain kafan untukmu bagi menggantikan pakaian yang penuh dengan kebanggan ditubuhmu.

dan akan ditinggalkan kamu keseorangan diperut bumi dengan peninggalan dan pandangan yang terputus.

dan ada yang berkata di antar mereka " Seorang bapa yang sangat baik" dan ada di antara mereka yang berkata " seorang teman yang baik"

dan sebahagian berkata " semoga Allah mengampuninya. dan sebahagian berkata," Telah melalui detik-detik kehidupan dunia dengan baik "

setelah (ucapan dan pujian) mereka tidak mengetahui siapa yang meninggalkannya dahulu. Kebimbangan mereka tertumpu pada pembahagian harta pusaka dengan perbalahan.

diantara satu sama lain saling tuduh-menuduh. Ada yang menag dan ada yang kalah.

Kemudian mereka dengan pantas memalingkan tawajuhnya kepada perniagaannya. Dia tidak akan mengingatimu diwaktu sunyi atau majlis perhimpunan.

Wahai orang yang tertipu, jangan engkau tertipu dengan sahabatmu. Sebaik-baik sahabat ialah amal kebaikan.

Dihari-hari yang terus berlalu. Kenapa diakhiri dengan kelalaian. Keadaan bertukar ganti kenapa diselubungi dengan kemalasan.

Kenapa harus ditangisi rumah yang seperti ini yang ditinggalkan kosong tanpa nisan. Kenapa harus diratapi tugu peringatan.

Waktu kecilmu telah berlalu. Tanyalah bagaimana ia berlalu. kenapa gah bersyair pada nasib yang telah lalu. Bagaimana ia di syairkan.

Lima puluh tahun usiamu kini, Apa ertinya permainan. Tua membakar usia maka apa ertinya keseronokan.

Biarkan Laila dan Lubna bertemu. bagi memutuskan kata perpisahan.

kecintaan pada wanita-wanita yang cantik. Betapapun ikhlasnya ia. Namun, tidak kosong dari pandangan Allah.

Kecintaan, keasyikan kepada wanita-wanita hanya membawa keburukan dan penyesalan. Minum-minuman keras. Apakah akibatnya kalau tidak memabukkan.

Alihlah kecintaan bagi orang yang mencintai. Kepada Rasulullah SAW dengan mengukuhkan cintanya dan kepada Nya bertawakkal.

Dialah (Nabi SAW) yang cintanya membawa kejayaan, kemuliaan dan karamah juga alamat iman. sempurnakanlah.

dan kecintaan Rasulullah SAW sebagai tali yang kukuh yang tidak akan putus, bersambung dan berpanjangan.

Maha suci Allah kecintaan kepada (Baginda SAW) untuk setiap manusia sebagai bekalan terbaik bagi musafir di perjalanan.

seorang itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dicintai. Inilah perjanjian yang pasti yang tiada pendustaannya.

Aku mencintai Rasulullah SAW. kerana itu aku mengharapkan akan syafaatnya. Sesungguhnya seorang pencinta itu mengharapkan kepada orang yang dicintai.

Siin (huruf bagi perkataan salam) adalah permainan gigi. Semoga Allah memberikan senyuman kepada gigi yang selalu menyebut sinn.

Cukuplah selawat dan salam ke atas Nabi sebagai pekerjaan. Semoga Allah memberikan keberkatan dalam pekerjaanku.

Wahai Allah berikanlah, kurniakanlah salam kesejahteraan yang berpanjangan ke atas Nabi Taaha penghulu sekalian utusan.

bukanlah seorang itu musafir bagi perjalanan antara Syam dan Yaman. Sesungguhnya seorang musafir itu ialah orang yang menumpuh lahad dan kafan.

Jangan kamu herdik kepada orang yang Gharib.(orang yang serba kekurangan dan kesusahan dalam perjalanan) sesungguhnya masa kesukaran itu sendiri telah mengherdiknya.

sesungguhnya anak dangan (musafir) musafir itu ada hak ke atas orang bermukim dan tinggal di tanah airnya sendiri.

Perjalananku yang penuh kesukaran. Tidak cukup hanya melihat pada destinasi yang dituju. Qudratku terlalu lemah. Dan maut sentiasa mencariku.

Bagiku dosa-dosaku yang tak ku ketahui. Namun Allah ,emgetahui apa yang tersembunyi dan apa yang terang-terangan.

lihatlah kelembutan Allah terhadapku, walaupun berdosa masih memberi tempoh kepadaku. Langkah-langkahku ke arah dosa dan noda namun ia menutup keaibanku.

Telah berlalu suatu masa dihari yang mana tiada guna penyesalan dan tangisan tiada ketakutan dan tiada kebimbangan.

Akulah orang yang menutup pintu rapat-rapat untuk melakukan maksiat. sedangkan mata Allah sentiasa melihatku.

Ahh...! betapa hinanya masa yang telah berlalu, penuh dengan kelalaian. Dan betapa pedihnya kesakitan yang membakar di dalam hati.

Tinggalkan aku..... biarkan aku mengoreksi akan diriku, menghabiskan masa-masaku untuk memikirkan dan membimbangi kehidupanku.

pemandangan itu seolah-olah dihadapan mataku. Di atas tempat tidur dihadapan ahli keluarga terbujur kaku. Dengan tangan-tangan mereka membaringkan ku.

Ya, pemandangan itu seolah-olah dihadapan mataku. Mereka berkumpul. Mengelilingiku mengiklankan kematianku dengan tangisan, jeritan dan ratapan.

Telah didatangkan Tabib untuk mengubatiku. namun pada hariitu manalah tabib yang dapat memberi manfaat kepadaku.

ketika ditarik ruh dari lubang tenggorokku. Terasa air liurku bertukar menjadi pahit.

Bersangatan ku rasai kepedihan nazak, umpama bukit yang pecah. Kurasai setiap urat ditarik tanpa belas kasihan.

diambil ruhku keluar. Tinggallah jasadku terbujur kaku di hadapan ahli keluargaku, dan tangan-tangan mereka membaringkan ku.

ahli keluarga menutup mataku dengan sehelai kain diikat di daguku dengan rasa putus asa meninggalkan ku membeli kain kafan.

orang yang paling menyayangi ku dialah orang yang paling bersegera ke tempat permandian bersedia untuk memandikanku.

mereka membaringkan ku di tempat permandian mayat dan bangunlah beberapa orang di kalangan mereka memandikan ku.

di curahkan air ke atasku tiga kali dimandikan dan orang-orang bersuara : " Ambil kain kafan".

dan dipakaikan kepadaku beberapa helai pakaian tanpa lengan dan ditaburkan kapur, ambillah kapur ini. ia juga bekalan bagi musafir yang berhenti di perhentian.

kini mereka mengeluarkan ku daripada dunia Ah....! menyesalnya... Aku akan bermusafir lagi tanpa bekalan dan tanpa penunjuk jalan.

dan aku di angkat di atas bahu empat orang dan beberapa orang menghantarku di belakang mengucapkan selamat jalan.

aku dibawa ke tempat sembahyang. Orang ramai membuat saf dibelakang imam. Selepas sembahyang jenazah, mereka meninggalkan ku.

mereka menyembahyangkan mayatku dengan sembahyang yang tiada rukuk dan tiada sujud, mungkin Allah merahmatiku.

dengan perlahan mereka menurunkan ku ke dalam kuburku dan seorang mengangkat masuk ke dalam lahad.

dan dibuka kain menutupi wajahku untuk melihatku buat kali terakhir. menitislah air mata dari kelopak mata lantas menciumku.

di dalam kegelapan kubur. tiada ibuku, tiada bapaku, taida saudara maraku dan tiada sesiapa pun yang boleh menyenangkan hatiku.

keseorangan ini, kegelapan ini dan pandangan yang amat mengerikan tiba-tiba terpancar di pandangan mataku.

daripada soalan mungkar dan nakir, wahai Allah apakah yang akan aku jawab. sesungguhnya kegerunan dan kehebatan yang ada padanya menggoncangkan segala kesedaranku.

dia mendudukan ku dan menuntut jawapan dengan begitu keras sekali. wahai Allah tiada sesiapa yang dapat menyelesaikan masalahku selain Engkau.

Wahai Pengharapanku, ampunilah aku, dan berlebih kuranglah denganku. Pada musafir ini yang telah meninggalkan sanak saudara dan kampung halaman.

lemabalilah ahli keluarga membahagi-bahagikan harta peninggalanku dan meletakkan beban dosa untuk kupikul di belakangku.

bertukarlah isteriku dengan suami baru sebagai gantiki. dan dialah yang memerintah harta dan rumahku.

dia telah menjadikan anaknya sebagai hamba dan khadim pada suami barunya. dan jadilah harta halal tanpa perikemanusiaan dibelanjakan.

Wahai ahli dunia ! Janganlah kamu tertipu dengan kecantikan dunia. Ingatlah, lihatlah apa yang dibuat oleh mereka, anak-anakmu dan semua anak watanmu.

lihatlah kepada orang yang mengumpulkan harta dunia. Adakah dia meninggalkan dunia ini selain membawa kapur dan kafan?

dalam dunia ini ambillah sifat zuhud dan qanaah. dan redhalah dengan Nya. kalau tidak kamu tidak akan mengecapi rasa kerehatan pada badanmu.

wahai nafsu, janganlah kamu mengingkari Allah dan hisablah diriku. carilah kurniaan Allah dengan kurniaan yang baik, moga-moga kamu dirahmati.

wahai nafsu celaka kamu. bertaubatlah kamu dari segala dosa dan berbuatlah kebaikan, moga-moga dengan amal kebaikan mu itu dibalas dengan kebaikan.

kemudian berselawatlah pada nabi penghulu yang terpilih. yang mana cahanya terpancar dari Syam ke Yaman.

Dan bersyukurlah kepada Allah pagi dan petang yang memberi taufiq kepada kebaikan, memberi keampunan ihsan.

rintihan taubat Hamba Allah Yang Berdosa...

bismillahirrohmanirrohim....
hr ini daku ingin berkongsi sedikit mengenai pesanan imam al- ghazali dalam kitab beliau ayyuhal walad yang menceritakan bahawa " wahai anakku, antara himpunan nasihat yang dikhabarkan oleh baginda rasulullah SAW kepada umatnya ialah : Tanda Allah Taala tidak mempedulikan hamba-Nya ialah apabila hamba itu menyibukkan dirinya dengan perkara yang tidak berkait dengannya. sesungguhmya jika seseorang itu berlalu masa daripada usianya pada perkara tersebut, pasti akan berpanjangan penyesalannya dan sesiapa yang sudah melepasi empat puluh tahun, masih lagi kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya maka bersedialah untuk ke NERAKA." imam Az-Zurqani menyatakan dalam syarah muwatto' ianya adalah kata-kata Hassan Al-Basri.....  daku sangat khuatir apabila Allah SWT yang merupakan Pencipta kepada setiap makhluk mula untuk tidak mempedulikan diri ini dengan meletakkan daku dalam suasana maksiat dan dosa. Begitu pemurahnya Allah SWT walaupun hamba-Nya melakukan dosa dan maksiat pintu Taubat tetap terbuka untuk menerima taubat orang yang berdosa. Malangnya, apa yang berlaku sekarang berapa ramai sahaja daripada hamba Allah yang bertaubat dan beristighfar memohon keampunan untuk diri dan umat. Tiada lagi tangisan air mata taubat dan air mata kesedihan untuk umat... setiap individu bertanggungjawab untuk setiap umat dan setiap umat bertanggungjawab keatas setiap individu. maka, setiap individu akan ditanya di akhirat ini. agama adalah amanah daripada Allah SWT....dimanakah mata yang sentiasa menangisi keadaan umat, dimanakah jasad yang sentiasa resah gelisah untuk kebaikan umat....hadrat Yazid bin Maisarah berkata, : "Tangisan berlaku kerana tujuh sebab,
1. Kerana gembira
2. Kerana gila
3. Kerana sakit
4. Kerana gementar
5. Kerana menunjuk-nunjuk
6. Kerana mabuk
7. Kerana takutkan Allah.
dan kata beliau tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun dengan hanya setitis air mata sahaja (dipetik dari kitab fadhilat amal karangan maulana Muhammad Zakariyya Kandahlawi).... wahai hati kepada hamba yang berdosa ini, tiada siapa yang mampu menerima taubat mu, dan tiada sesiapa yang mampu mengampunimu kecuali Zat Allah yang Maha Pengampun...bertaubatlah kepada Allah terhadap setiap apa sahaja dosa yang dilakukan dan setiap amal yang dilakukan...mudah-mudahan hati ini sentiasa dalam pemeliharaan Allah.. Ya Allah selamatkanlah diriku, ahli keluargaku, sahabat handaiku, jiran-jiranku, orang2 kampungku dan umat seluruh alam sehingga hari qiamat daripada azab api neraka-Mu.berikanlah taufiq kepada hamba untuk isitiqomah dalam setiap amal sehingga hati ini benar-benar dekat pada Mu dan sentiasa sujud pada Mu... amiinn...

Sabtu, 1 Ogos 2015

kerisauan ku

assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh...

hari ini, daku akan menulis berkaitan dengan kerisauan hati ini, bingung, bimbang, bagaimana agama datang dalam diri seluruh umat.. khusus diri yang hina ini.... banyak terpampang didepan panca indera ini manusia yang semakin jauh daripada kehidupan sunnah satu-satunya jalan untuk menghidupkan sunnah ialah dengan jalan yang ditunjukkan nabi muhammad SAW dan sahabat radiyallahu anhum. haihh... inilah umat akhir zaman. semakin dekat dengan qiamat semakin jauh daripada agama. walhal dalam agamalah letaknya kejayaan. kejayaan bukan letak pada setinggi mana pelajaran kita. ijazah yang tinggi2, diploma ke PHD ke... tp dengan adanya agama. bukan maksudnya daku merendahkan martabat mereka yang punya ini semua. tp daku bingung apabila mereka yang ada ini semua meninggalkan agama sehingga kehidupan tidak seperti kehidupan islam sebenar..dalam al-quran ada menceritakan tentang kejayaan adalah dalam mentaati Allah dan Rasul....tp apa yang berlaku sekarang ini? apa yang berlaku? tidak hairanlah apabila orang bukan islam mengejek orang islam sehingga mereka (bukan islam) mentertawakan orang islam.... pemuda pemudi yang kita sanjungi mula mempersendakan agama.... hmmm... bukan salah siapa.. tp salah diri daku yang hina ini tidak mula bergerak jumpa manusia seluruh dunia atas maksud agama. bila mula bergerak barulah akan mendatangkan hidayat. apabila kerisauan tidak disertai dengan pergerakan tidak mampu untuk menarik hidayat ALLAH Taala. kerisauan inilah telah hilang dalam diri umat. mengaku cintakan nabi tapi sunnah kerisauan telah hilang.... sedih...huhuhuh..... daku sendiri pun sama jugak..... tangisan untuk umat tidak ada lagi dalam diri manusia..... tangisan yang sepatutnya untuk umat telah digunakan utk perkara yang sia-sia.... oklah... setakat ini dulu... rintihan hati,,,,,, hmmmm.... doalah untuk umat.......


1. YA ALLAH KASIHANILAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW
2. YA ALLAH PERBAIKILAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW
3. YA ALLAH BERILAH KEJAYAAN KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW
4. YA ALLAH AMPUNKALAH DOSA UMAT NABI MUHAMMAD SAW
5. YA ALLAH BERILAH HIDAYAT KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW


Khamis, 30 Julai 2015

aku hanyalah pemula...

bismillahirrohmanirrohim........ dsini daku kan menulis bebrapa perkara yang mungkin mengguris hati bebrapa org... jd daku dahulukan dengan ribuan kemaafan...hehe